Bayou Lagoon Park Resort


10 September 2014

Bayou Lagoon Park Resort

Assalamualaikum...
Lama tak online. Apalagi nak memblog menaip bagai. Takde masa tu satu hal. Tenet slow lagi satu hal. Ikut mana yang sempat jelah.

Dua minggu aku bercuti bersama En. Asben n buah hati kami, Uzair. Kali ni kami ke Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Dari rumah kami agak-agak sejam 10 minit. Singgah sebentar charge perut kat Restoran Jejantas.

Sampai je kat Bayou, kami check in. Amik nombor u! Tak ramai pun sebab time ni time keje..sekolah pun tak cuti lagi. Tapi anak-anak buah dah cuti (UPSR). So, apalagi! Angkut je! Angah MC biz nasi lemak.. Ateh lak kebetulan Mr. Suaminya cuti 2 hari. Jadi? Jadi la.. hahahaha..

Depan pintu masuk

Suka sangat buat muka cenggitu

Jom check in! Amik no di tepi tu

Lobi yang luas

Kami booked menerusi agoda.com. Mula-mula ambil 1 apartment 3 bedrooms + breakfast RM337. Oklah kan. Kalau weekend atau cuti sekolah mencecah RM900++. Free 6 wristband. Pastu angah join n booked lagi 1 apartment 2 bedrooms. Free 4 wristband lagi. So, mana yang tak cukup wristband kena bayar lah jawabnye. 1 kepala RM15 per entry u! Per entry! Yang 10 free tu leh pakai sampai check out esok. Takde hal!
Ni lah wristband nya. Oren ok!

Time check in kol 3pm. Tapi tak ramai kan. So boleh masuk awal. Cuma urusan kat kaunter memang lambat. Lambat, ok! So, kena ada penambahbaikan. Chewah!

Dapat kunci naik level 7. Mula-mula kami dapat apartment waterpark view punya. Tapi memandangkan ada construction n bunyi dum dam ting tong diorang tukarkan kami ke bilik lain. Tapi masih juga dengan view yang menarik.

Tingkat berapa yang tiada? Jeng jeng jeng

Ni apartment kami




Ni sebahagian je. Tak sempat nak snap sebab teruja dengan view kat waterpark.

Apartmentnya memang best! Untuk family, ok! 3 bedrooms. Ada sesetengah blog aku baca tak disediakan sabun. Tapi apartment kami, alhamdulillah. Semua ada. TV, air panas, peti sejuk, sofa, katil bagai semua cukup. Stok makanan yang dibawa mencukupi sebab kami kat sini 1 malam je. Saje je nak meluangkan masa dengan anak-anak. Agak-agak, angah bawa stok nasi lemak tak? Hahahaha...

Tepat jam 3 petang kami turun ke bawah. Sampai kat sekuriti waterpark tu dah kena pakai wristband. Kaler oren ye untuk mereka-mereka yang menginap di sini. Tuala dari bilik tak dibenarkan untuk dibawa masuk. Mujurlah aku bawa tuala dari rumah siap-siap. Kalau tak kena menyewa tuala dari diorang. Sungguh mengempiskan duit anda!

Anak aku apalagi, terujanya diaaa!!!! Tapi yang aku tengok bukan anak yang teruja. Ayahnya yang tereksaited! Diulangi, TEREKSAITED! Ahahaha.. Aku tukang jaga tuala n selipar. Sebab plan nak mandi manda petang ni kena kensel dulu. Ipar duai aku tak sampai lagi. Kena tunggu call diorang. So, sempatlah aku menyenap gambar. Pagi esok? Akan ku tinggalkan dikau wahai henponku. Bagi chance la aku nak mandi manda.

*Gambar tak teratur. Random je.

Ni playground untuk anak-anak yang tak berniat nak ke waterpark. Tapi, nampak gaya ia hanya 'hiasan' semata-mata. Orang tak pandang, ok!

Ni pun jadi hiasan je.

Ni view dari balkoni

Hahaha.. dah sampai pun

Ni juga view dari balkoni

Ni park yang majoritinya kanak-kanak. Tapi dewasa pun join juga

Lengang je kan!

Apartment kami level 7. Langsir yang terselak tu la..

Yang ni ranking #1. Di tengah-tengah waterpark

Baca ini dulu!

Ni la Uzair paling suka. Siap cabut skru supaya boleh pusing 360'.

Tangkap air

Nangis. Takut. Terkejut turun dari gelongsor.

Hambek! Tembak!!!

Yang ni macam 'tak laku' je

Ni tersorok sikit kat belakang

Ni mak bapa budak suka. 

Ni kolam renang.
0.5m dan 1.2m dalamnya

Lengang u!!!

9am - 7pm je. Ok!

Ni laluan nak naik ke bilik ikut jalan belakang

Ni tumbuhan dikenali sebagai 'ubat penyakit denggi'. Rebus n minum.

Buaian

Peace yo!


Cuma tak bestnya bila mat n minah salleh datang dengan pakaian mereka yang agak hurmmm.. sendiri pikirlah. Melayu, India n Cina ok. Takde hal.. Mungkin boleh dijadikan syarat di mana pengunjung diminta memakai pakaian yang tidak menjolok mata. Amacam?

Wokeh la, sementara menanti kedatangan ipar duaiku, aku nak layan feel dulu. Sambil-sambil memikir mana nak charge perut malam ni. Umbai????? Sedang difikirkan!



Terima Kasih

No comments:

© Bila Jemariku Berbicara | Template Designed By Blog Bingkisan Hati