TRAVELOG UMRAH ZIARAH 2014


13 August 2014

TRAVELOG UMRAH ZIARAH 2014

"Mau ikut pegi umrah?" Wah! Soalan apakah itu? Macam mimpi pun ada. Mak ajak aku pegi umrah. Dalam hati "alhamdulillah.." Apalagi aku pun mau ajelah. Tapi bukan aku sorang. Mak ajak asben aku skali. En. Asben pada mulanya berat hati nak pegi. Risau kat Uzair yang bakal ditinggalkan. Risau memang risau sebab tak pernah berjauhan dengan anak. Allah kan ada. Allah akan jaga dia dan juga penjaganya.

Setiap keperluan disediakan sebaiknya. Passport kami masih valid selepas makan angin ke China n Indonesia. Dalam banyak2 urusan, bab suntikan la aku paling uwaaaaa!!! Tak suka!!! Sebab takut! Lenguh beb lepas inject tu. Huh!

Tibalah jua hari yang dinantikan. En. Asben masih tidak teruja. Uzair kami tinggalkan bersama ibu2 dia seramai 3orang. Ibu Long, Ummi n Ibu Teh. Insan2 kepercayaan kami. Masak lah ummi.. Ada assistant jual nasi lemak. Lagi2 kalau ada Alang dia. Yem!  Yem! Yem! Aiskrim ler.. apa lagi

Seawal 4pagi kami dah terpacak di KLIA bersama2 tetamu Allah yang lain. Majoritinya memang aku kenal. Sebab kami sekampung. Sekampung! Sempatlah kami menunaikan solat subuh di sana bergilir2. Lepas tu wakil dari Andalusia Travel & Tours meminta kami berkumpul. Lupa nak gtau. Kami menggunakan khidmat Andalusia. Setiap tahun mak abah pegi dengan Andalusia. Servis memang best!

Ni la name tag aku..abaikan jerawat kalau nampak ye!

Passport n boarding pass. KUL - MCT (Oman Air)

Sesi taklimat

 Abah, Mak, Aku, En. Asben

 Aku. Macam poyo je!

 Dengan mak aku

 Aku lagi. Control ayu beb!

Dengan En. Asben

Dah lapor diri semua, passport n boarding pass diserahkan kepada kami. Kemudian kami  diberi taklimat serba sedikit mengenai aturcara perjalanan kami. Dalam hati berdebar2.. Takut ada.. gumbira pun ada. Doa bebanyak agar setiap urusan dipermudahkan. Bukan senang nak ke sana. Pegi kursus pun rasa tak mencukupi. Tengok youtube, baca blog orang. Macam2 la sebab nak tau pasal tanah suci ni. 

Pagi tu kami berlepas ke Oman terlebih dahulu sebab kami ambil pakej Ziarah Oman. Masa pegi ni transit n lepak kat airport je. Tapi, sejujurnya I Love Oman. Negara itu berrrrrrsih yang amat. Susah nak jumpa sampah. Kalau tengok pemandangan dari kapal terbang hanya nampak bukit bukau yang polos je. Macam padang pasir. Hakikatnya... tu nanti aku citerkan. Sebab nak balik nanti barulah kami ziarah sekitar Muscat, ibu negara Oman.
 Muscat Airport


 Bukan nak beli kereta. Nak gtau surat khabar dia berkilat2. Halusssss je!

 Best kan surat khabar dia. Boleh buat ucapan lagi.

 Ruang menunggu pun cantik tau!
Aku, jiran aku, mak aku, Pn. Rashidah

 Asal bergambar mesti nak gelak. Apa ntah yang kelakar

 Aku senyum sikit je

 Free wifi. Register la. Skali arab daaa...

 Tu dia.. Bangunan terminal. Jauh!

Deli Queen. Tak masuk pun. Intai2 je

Flight seterusnya ke Madinah. Kali ni aku duduk bersebelahan dengan seorang makcik yang sepanjang penerbangannya tak pernah aku tak dengar dia berzikir. Menunaikan umrah bersendirian katanya. Cuba2 menegur makcik tu sebab dah lama aku tak cakap arab. Adoyaiii.. Tapi makcik tu memang best! Seketika aku terlelap dia boleh kejutkan. Zikr ya Mazayya.. Naik segan aku. Aku berterima kasih pada makcik tu. Ye lah menjadi tetamu Allah takkan aku nak tidur pula di sepanjang perjalanan. Syukran ya Mama..

Sesampainya di airport.. bersambung di entri berikutnya..





































Terima Kasih

No comments:

© Bila Jemariku Berbicara | Template Designed By Blog Bingkisan Hati