2014


20 September 2014

Di Awan Aku Menulis

Dua minggu bercuti memang tidak terasa. Pejam celik pejam celik dah tiba masa untuk kembali ke kampung halaman. 4 Sept - 19 Sept 2014. Wahhh!!! Sakan ko jah!

Flight pertama kami dari KLIA pada jam 10.10am. Airport tidak sesak dan tidak terlalu lengang. Pelancong asing dan tidak kurang juga rakyat tempatan sama-sama memenuhi airport. Yelah, cuti sekolah pun dah sampai ke penghujungkan.

Kami dihantar oleh Kak Iza @ Ibu Teh sekeluarga. Seronoklah Uzair. Dapat jumpa kakak-kakaknya. Awal pagi menjamu selera di airport. Roti, nasi lemak, telur suku masak semua makan.

Kak Long, Kak Ngah, Mimi n Uzair

Kita jumpa lagi nanti ok!
Jam 9.30am kami bertiga menuju ke balai berlepas. Turun bawah..jalan terus..masuk kiri..toleh sana sini. Sampai-sampai je terus masuk dalam perut kapal. Tu lah keistimewaan mereka yang ada anak kecil. Warga emas pun diberi keutamaan. Salute lah!

Dalam flight Uzair terus menerus nak tengok citer kartun. Elok la tu. Anak tengok kartun, ayah tengok Mr. Bean n mama tengok citer Indon. Refrain kalau tak silap tajuknya. Kisah dua sahabat baik dari kecil akhirnya jatuh cinta. Wallaweh!!! Hahaha.. Nak tau citer seterusnya sila gugel, ok!








Cuaca amat baik. Aku suka. Suka ok! Hahaha.. Selama 2 jam 20 minit terbang di awan aku tak tidur. Melayan citer. Bawa novel pun tak sempat baca.




Sampai di KKIA, terus ke imigresen n seterusnya makan di Marrybrown. Sempat jugalah aku merembat minyak wangi yang kononnya tak sempat beli di KL. Lupa, ok! Uzair pula dapat Play Doh. Main lah nak. Ciptalah apa juga dengan tanah liat tu. Janji tak masuk mulut.



Terus kami ke Gate 11. Gate paaaaaaling hujung. Mujurlah Uzair dah pandai jalan. Kalau tidak alangkah jauhnya nak berdukung. Tapi dalam umurnya 4 tahun ni pun dia masih suka berdukung. Manja. Almaklumlah anak sorang. Sekali sekala boleh! Kalau selalu minta dukung... No!

Flight seterusnya pada jam 2.20pm. Maswings. Kapal kecil. 72 penumpang kalau tak silap aku. Kapal kecil ni adik aku tak suka naik. Tak suka atau takut aku tak pasti. So, biasa dia balik melalui Sandakan. Terus lepak umah mertua dia. Anak aku panggil ni aeroplane kacang sebab flight ni hidang kacang n air je.

Nampak tak apa yang aku nampak?


Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Lahad Datu Airport. Akhirnya di sini, aku bertemu dengan sahabat baik ketika sama-sama menimba ilmu dunia dan akhirat di SMAS dulu. Aty nama glemernya a.k.a Kajol SMAS.. hahaha.. sehingga kita bertemu lagi sahabat. Aku doakan kesejahteraanmu di dunia juga di akhirat.

Nurhayaty @ Aty. Ibu kepada Naim..




Terima Kasih

11 September 2014

Ikan Bakar Muara Sg. Duyung

Masing-masing kelaparan setelah bermandi manda di waterpark Bayou Lagoon Park Resort. Memang tak dinafikan keseronokan itu..hahaha.. dalam ertikata lain, kanak-kanak riang tak nak naik bilik. Disebabkan sampai jam 7pm je kat pool, wisel pun dah dibunyikan, apalagi masing-masing angkut anak-anak naik ke bilik. Lif memang penuh ok!

Malam tu kami bersiap-sedia nak keluar makan. Kali ni kami takde plan nak makan kat mana. Masing-masing penat n mengantuk. So, Mr. Waze menemukan kami dengan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung. Rupanya kami memang pernah ke sini beberapa tahun lalu time adik ipar aku keje sini. Cuma tak tahu namanya je.

Tapi, serius aku cakap kali ni kami pergi menunya tak macam dulu. Dah tak sedap kot! Rasa macam masak kat dapur yang tak cukup bahan.




Suka bebeno buat muke cenggitu

Si Kak Long

Di depan lobi hotel

Di lobi hotel

Segar semula mata diorang nih!

 Muka ngantuk ni..


So, lepas makan kami balik macam tu je. Anak-anak dah mengantuk. Tapi sampai bilik je mata kembali segar. Ada yang siap bawa keje sekolah..hahaha.

Wokeh la, sampai sini je kot jari aku mampu menaip. Sebab aku pun mengantuk yang amat. Jumpa lagi!!!
Terima Kasih

10 September 2014

Bayou Lagoon Park Resort

Assalamualaikum...
Lama tak online. Apalagi nak memblog menaip bagai. Takde masa tu satu hal. Tenet slow lagi satu hal. Ikut mana yang sempat jelah.

Dua minggu aku bercuti bersama En. Asben n buah hati kami, Uzair. Kali ni kami ke Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Dari rumah kami agak-agak sejam 10 minit. Singgah sebentar charge perut kat Restoran Jejantas.

Sampai je kat Bayou, kami check in. Amik nombor u! Tak ramai pun sebab time ni time keje..sekolah pun tak cuti lagi. Tapi anak-anak buah dah cuti (UPSR). So, apalagi! Angkut je! Angah MC biz nasi lemak.. Ateh lak kebetulan Mr. Suaminya cuti 2 hari. Jadi? Jadi la.. hahahaha..

Depan pintu masuk

Suka sangat buat muka cenggitu

Jom check in! Amik no di tepi tu

Lobi yang luas

Kami booked menerusi agoda.com. Mula-mula ambil 1 apartment 3 bedrooms + breakfast RM337. Oklah kan. Kalau weekend atau cuti sekolah mencecah RM900++. Free 6 wristband. Pastu angah join n booked lagi 1 apartment 2 bedrooms. Free 4 wristband lagi. So, mana yang tak cukup wristband kena bayar lah jawabnye. 1 kepala RM15 per entry u! Per entry! Yang 10 free tu leh pakai sampai check out esok. Takde hal!
Ni lah wristband nya. Oren ok!

Time check in kol 3pm. Tapi tak ramai kan. So boleh masuk awal. Cuma urusan kat kaunter memang lambat. Lambat, ok! So, kena ada penambahbaikan. Chewah!

Dapat kunci naik level 7. Mula-mula kami dapat apartment waterpark view punya. Tapi memandangkan ada construction n bunyi dum dam ting tong diorang tukarkan kami ke bilik lain. Tapi masih juga dengan view yang menarik.

Tingkat berapa yang tiada? Jeng jeng jeng

Ni apartment kami




Ni sebahagian je. Tak sempat nak snap sebab teruja dengan view kat waterpark.

Apartmentnya memang best! Untuk family, ok! 3 bedrooms. Ada sesetengah blog aku baca tak disediakan sabun. Tapi apartment kami, alhamdulillah. Semua ada. TV, air panas, peti sejuk, sofa, katil bagai semua cukup. Stok makanan yang dibawa mencukupi sebab kami kat sini 1 malam je. Saje je nak meluangkan masa dengan anak-anak. Agak-agak, angah bawa stok nasi lemak tak? Hahahaha...

Tepat jam 3 petang kami turun ke bawah. Sampai kat sekuriti waterpark tu dah kena pakai wristband. Kaler oren ye untuk mereka-mereka yang menginap di sini. Tuala dari bilik tak dibenarkan untuk dibawa masuk. Mujurlah aku bawa tuala dari rumah siap-siap. Kalau tak kena menyewa tuala dari diorang. Sungguh mengempiskan duit anda!

Anak aku apalagi, terujanya diaaa!!!! Tapi yang aku tengok bukan anak yang teruja. Ayahnya yang tereksaited! Diulangi, TEREKSAITED! Ahahaha.. Aku tukang jaga tuala n selipar. Sebab plan nak mandi manda petang ni kena kensel dulu. Ipar duai aku tak sampai lagi. Kena tunggu call diorang. So, sempatlah aku menyenap gambar. Pagi esok? Akan ku tinggalkan dikau wahai henponku. Bagi chance la aku nak mandi manda.

*Gambar tak teratur. Random je.

Ni playground untuk anak-anak yang tak berniat nak ke waterpark. Tapi, nampak gaya ia hanya 'hiasan' semata-mata. Orang tak pandang, ok!

Ni pun jadi hiasan je.

Ni view dari balkoni

Hahaha.. dah sampai pun

Ni juga view dari balkoni

Ni park yang majoritinya kanak-kanak. Tapi dewasa pun join juga

Lengang je kan!

Apartment kami level 7. Langsir yang terselak tu la..

Yang ni ranking #1. Di tengah-tengah waterpark

Baca ini dulu!

Ni la Uzair paling suka. Siap cabut skru supaya boleh pusing 360'.

Tangkap air

Nangis. Takut. Terkejut turun dari gelongsor.

Hambek! Tembak!!!

Yang ni macam 'tak laku' je

Ni tersorok sikit kat belakang

Ni mak bapa budak suka. 

Ni kolam renang.
0.5m dan 1.2m dalamnya

Lengang u!!!

9am - 7pm je. Ok!

Ni laluan nak naik ke bilik ikut jalan belakang

Ni tumbuhan dikenali sebagai 'ubat penyakit denggi'. Rebus n minum.

Buaian

Peace yo!


Cuma tak bestnya bila mat n minah salleh datang dengan pakaian mereka yang agak hurmmm.. sendiri pikirlah. Melayu, India n Cina ok. Takde hal.. Mungkin boleh dijadikan syarat di mana pengunjung diminta memakai pakaian yang tidak menjolok mata. Amacam?

Wokeh la, sementara menanti kedatangan ipar duaiku, aku nak layan feel dulu. Sambil-sambil memikir mana nak charge perut malam ni. Umbai????? Sedang difikirkan!



Terima Kasih

© Bila Jemariku Berbicara | Template Designed By Blog Bingkisan Hati