Bila Jemariku Berbicara


20 September 2014

Di Awan Aku Menulis

Dua minggu bercuti memang tidak terasa. Pejam celik pejam celik dah tiba masa untuk kembali ke kampung halaman. 4 Sept - 19 Sept 2014. Wahhh!!! Sakan ko jah!

Flight pertama kami dari KLIA pada jam 10.10am. Airport tidak sesak dan tidak terlalu lengang. Pelancong asing dan tidak kurang juga rakyat tempatan sama-sama memenuhi airport. Yelah, cuti sekolah pun dah sampai ke penghujungkan.

Kami dihantar oleh Kak Iza @ Ibu Teh sekeluarga. Seronoklah Uzair. Dapat jumpa kakak-kakaknya. Awal pagi menjamu selera di airport. Roti, nasi lemak, telur suku masak semua makan.

Kak Long, Kak Ngah, Mimi n Uzair

Kita jumpa lagi nanti ok!
Jam 9.30am kami bertiga menuju ke balai berlepas. Turun bawah..jalan terus..masuk kiri..toleh sana sini. Sampai-sampai je terus masuk dalam perut kapal. Tu lah keistimewaan mereka yang ada anak kecil. Warga emas pun diberi keutamaan. Salute lah!

Dalam flight Uzair terus menerus nak tengok citer kartun. Elok la tu. Anak tengok kartun, ayah tengok Mr. Bean n mama tengok citer Indon. Refrain kalau tak silap tajuknya. Kisah dua sahabat baik dari kecil akhirnya jatuh cinta. Wallaweh!!! Hahaha.. Nak tau citer seterusnya sila gugel, ok!








Cuaca amat baik. Aku suka. Suka ok! Hahaha.. Selama 2 jam 20 minit terbang di awan aku tak tidur. Melayan citer. Bawa novel pun tak sempat baca.




Sampai di KKIA, terus ke imigresen n seterusnya makan di Marrybrown. Sempat jugalah aku merembat minyak wangi yang kononnya tak sempat beli di KL. Lupa, ok! Uzair pula dapat Play Doh. Main lah nak. Ciptalah apa juga dengan tanah liat tu. Janji tak masuk mulut.



Terus kami ke Gate 11. Gate paaaaaaling hujung. Mujurlah Uzair dah pandai jalan. Kalau tidak alangkah jauhnya nak berdukung. Tapi dalam umurnya 4 tahun ni pun dia masih suka berdukung. Manja. Almaklumlah anak sorang. Sekali sekala boleh! Kalau selalu minta dukung... No!

Flight seterusnya pada jam 2.20pm. Maswings. Kapal kecil. 72 penumpang kalau tak silap aku. Kapal kecil ni adik aku tak suka naik. Tak suka atau takut aku tak pasti. So, biasa dia balik melalui Sandakan. Terus lepak umah mertua dia. Anak aku panggil ni aeroplane kacang sebab flight ni hidang kacang n air je.

Nampak tak apa yang aku nampak?


Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Lahad Datu Airport. Akhirnya di sini, aku bertemu dengan sahabat baik ketika sama-sama menimba ilmu dunia dan akhirat di SMAS dulu. Aty nama glemernya a.k.a Kajol SMAS.. hahaha.. sehingga kita bertemu lagi sahabat. Aku doakan kesejahteraanmu di dunia juga di akhirat.

Nurhayaty @ Aty. Ibu kepada Naim..




Terima Kasih

© Bila Jemariku Berbicara | Template Designed By Blog Bingkisan Hati